Wednesday, June 29, 2011

surat rahsia untuk mereka .

salam 'alaik

kelihatan Amiy (bukan nama sebenar) sedang termenung ke luar jendela rumahnya. lama dia termenung. sedang memikirkan sesuatu. kemudian, dia menuju ke sofa di ruang tamu dan menatap jambakan bunga di atas meja kecil di hadapannya. hampir setiap hari dirinya berasa resah. hampir setiap hari juga dia akan memikirkan perkara itu. ketika di dapur. ketika makan. ketika berjalan. apatah lagi ketika bersama keluarga. dia tidak tahu mahu bermula dari mana. sebenarnya, mungkin dia tahu apa sebenarnya yang perlu dia lakukan, tapi dia mahu mencari masa, peluang, dan jalan yang sesuai. tapi, bila ???

dia mencari pen dan sebuah buku catatn. dia mahu menulis sesuatu supaya rasa hatinya dapat diluahkan. walaupun hanya di atas kertas. dulu, kertas pernah menjadi tempat dia menconteng ketika sedang marah atau sedih. sudah lama dia tak mencatatkan sesuatu atas kertas untuk meluahkan perasaannya. tapi, hari ini dia akan memberitahu segala-galanya atas kertas itu. kertas itu yang akan mengetahui rahsianya terlebih dahulu sebelum orang-orang yang patut mengetahuinya.




بسم الله

hmm. bile la aku nak cakap kat diorang ? bile la masa yang sesuai nak 'reveal' semuanya ... ?

ummi; ayah;
nak tau tak. sebenarnya amiy nak citer sesuatu, tapi takut. amiy takut amiy kene marah. amiy takut amiy nangis nanti. amiy takut amiy speechless depan ummi ngan ayah nanti kalau amiy citer. tapi sebenarnya amiy yakin ummi ngan ayah mungkin boleh terima apa yang amiy nak cakap, tapi amiy tak tau bile amiy nak cakap. amiy tak nak terlambat. sebab banyak bende yang amiy nak buat yang mungkin akan 'pelik' di mata ummi ngan ayah atau orang lain.

ummi; ayah;
amiy kan amik syariah. alhamdulillah amiy dah belajar apa yang sepatutnya amiy tahu sebagai seorang muslim. amiy rasa semua orang yang menganut Islam kene tau apa yang amiy tau. mungkin kebanyakannya bertentangan atau berlainan dengan apa yang biasanya kite buat selama ni, tapi itu lah hakikat sebenar.

ummi; ayah;
kite menganut Islam kan ? agama kite Islam kan? dan kite mesti berpegang dengan al quran dan hadith dalam hidup kite kan? tapi betul ke selama ni kite ni seorang muslim yang betul betul berpegang dengan panduan hidup kite yang utama tu ? amiy juz nak bagi tau yang banyak amalan kite yang sebenarnya nabi tak buat pun. dan ade satu kaedah usul fiqh
" الأصل في العبادة المنع حتى ورد الأمر والأصل في الأشياء النافعة الحل حتى ورد النهي " . 
maksudnya, asal sesuatu ibadah adalah dilarang sehingga turunnya dalil suruhannya dan asal sesuatu perkara yang bermanfaat adalah halal atau dibolehkan sehingga turunnya dalil larangan untuk melakukannya.

ummi ngan ayah nak tau tak, dalam al quran, Allah telah berfirman :


Katakanlah : " Jika kamu ( benar-benar) mencintai Allah , ikutilah aku niscaya Allah mengasihi dan mengampuni dosa-dosamu. Allah Maha Pengampun lagi Maha Penyayang.

ramai orang yang mengaku mencintai Allah. kemudian, Allah menurunkan firmannya itu untuk menguji mereka apakah mereka benar benar mencintai Allah atau tidak. itu kata Hassan Al Bashri.

dalam satu hadith riwayat Tarmidzi, yang juga Imam Nawawi muatkan dalam hadith 40 nya,


Aku mewasiatkan kamu dengan bertakwa kepada Allah, dengar dan patuh kepadaNya. Sesungguhnya nanti kamu akan melihat banyaknya perselisihan di antara kamu, kaum muslimin, dan hendaklah kamu mengikuti dan berpegang kepada Sunnahku dan sunnah para Khulafa ur Rasyidin( yang datang setelahku) dan gigitlah kuat-kuat Sunnah itu dengan gigi geraham. dan jauhilah olehmu perkara-perkara yang baru yang diada-adakan oleh manusia karena setiap perkara yang baru yang di ada-adakan oleh manusia adalah kesesatan. 

ummi;ayah;
sebenarnya amiy sedih sangat. tak ramai yang dapat ape yang amiy dapat. so amiy sedih bile tengok orang Islam sendiri tak amalkan Islam dengan betul. lagi lagi keluarga sendiri. lagi sedih mak ayah sendiri. amiy sebenarnya takut. amiy tak berdakwah pon kat keluarga. amiy takut amiy dosa. amiy takut keluarga kite sesat. ditimpa bala. amiy takut...

ummi ngan ayah nak tau tak,
amiy tak tau macam mana nak elak kalau ummi suro ikut pegi tahlil... 

ummi;ayah;
amiy dah taknak sebenarnya tengok gambar gambar tergantung kat dinding umah kite sebab amiy dah belajar yang nabi pernah bersabda,



maksudnya, malaikat tak masuk rumah yang ada anjing atau gambar. tapi amiy taktau nak bagitau macam mana.

lagi, amiy cukup geram tambah marah tambah menyampah kalau adik adik bukak lagu. tak kire la kat laptop ke atau dalam kereta. lagi lagi yang bukan nasyid. dalam sahih bukhari,



maksudnya, akan ada dalam kalangan umatku yang menghalalkan zina, sutera, arak dan alat muzik. hmm

sebenarnya banyak lagi amiy nak cakap. tapi takpe lah. ni last.

amiy juz nak ingatkan yang kite ni hanya hamba Allah yang dipinjamkan dunia ni sementara sahaja olehNya. so, amiy sangatlah sedih kalau tengok orang yang sangat mengejar dunia nya lebih daripada akhiratnya. please...

kepada kawan kawan aku semua, semua yang pernah berkawan dengan aku, sama ada yang rapat atau tidak,

first of all, jaga lah ikhtilat kite antara lelaki dan perempuan. tolong tanam rasa malu dalam diri. please...

lagi satu, aku juz nak ingatkan korang, belajar lah kerana Allah. kejarlah ilmu agama dahulu sebelum kejar ilmu dunia korang. kite ni hidup tak lama. kejap lagi boleh mati. ingatlah Allah sentiasa.

aku sedih bile tengok kawan kawan aku asyik dengan dunia. budak medic, dentist, account, law, yang blaja  science, physic, chemist, bio, math, law, bla bla bla...kite semua sangat mengejar dunia tanpa kite sedari. ye. mulut berkata belajar kerana Allah, tapi perbuatan ? aplikasi ?  kalau markah rendah sedih. pointer rendah nangis. tak dapat jawab pekse, muram. masam muka. ye. aku tau. sebabnye kite nak kejar pointer tinggi tinggi. nak lawan sape paling tinggi pointer. tapi tu semua DUNIA !!! DUNIA !!! tak ke mana pon !


اللهم اهدنا فيمن هديت وعافنا فيمن عافيت وتولنا فيمن توليت
وباركلنا فيما أعطيت وقنا شر ما قضيت إنك تقضي ولا يقضى عليك
إنه لا يذل مَن واليت ولا يعزُ من عاديت تباركت ربنا وتعاليت
فلك الحمد على ما قضيت ولك الشكر على ما أعطيت
نستغفرك اللهم من جميع الذنوب والخطايا ونتوب إليك
اللهم اقسم لنا من خشيتك ما تحول به بيننا وبين معصيتك
ومن طاعتك ما تبلّغنا به جنتَك
ومن اليقين ما تُهون به علينا مصائبَ الدنيا
ومتعنا اللهم باسماعِنا وأبصارِنا وقواتنا ما أبقيتنا(أحييتنا)
واجعلهُ الوارثَ منا واجعل ثأرنا على من ظلمنا
وانصُرنا على من عادانا ولا تجعل مصيبتَنا في ديننا
ولا تجعل الدنيا أكبرَ همِنا ولا مبلغَ علمِنا
ولا إلى النار مصيرنا واجعل الجنة هي دارنا
برحمتك يا أرحم الراحمين
اللهم أصلح لنا ديننا الذي هو عصمة أمرِنا
وأصلح لنا دنيانا التي فيها معاشُنا وأصلح لنا آخرتنا التي إليها معادنا
واجعل الحياة زيادةً لنا في كل خير واجعل الموتَ راحةً لنا من كلِ شر
اللهم اغفر لنا خطيئاتنا و جهلنا و إسرافنا في أمرنا
اللهم اغفر لنا جدنا و هزلنا و خطأنا و عمدنا و كل ذلك عندنا
برحمتك يا أرحم الراحمين
اللهم أعـزّ الاسلام والمسلمين ودمّـر أعـداء الدين واخذل مَن خـذل الدين
اللهم فـُـك قـيـد أسرانا وأسرى المسلمين
برحـمـتك يا أرحـم الراحـمـين
اللهم إنك عفو كريم تحب العفو فاعفو عنا
اللهم إنك عفو تحب العفو فاعفو عنا
اللهم اغفر لنا و ارحمنا و أعتق رقابنا من النار
برحـمـتك يا أرحـم الراحـمـين
وصل اللهم نبينا محمد وعلى آله وصحبه والتابعين
'
'
'
'
'
ولا تجعل الدنيا أكبرَ همِنا

~ janganlah Kau jadikan dunia cita cita terbesar kami ~




amiy




Sunday, June 26, 2011

saya suka buat kali kedua :)

salam 'alaik

it attracts me.

ikut dalil sohih :)

Persoalan Agama: Lima adab, kaedah sambut kelahiran bayi dalam Islam
Oleh Ustaz Zahazan
bhnews@bharian.com.my
2011/06/26

Azan, akikah antara amalan tanda syukuri kehadiran orang baru

Soalan:
ASSALAMUALAIKUM Ustaz Zahazan. Alhamdulillah, isteri saya mengandung lima bulan dan ini anak pertama kami. Cuma saya agak jahil apa patut dilakukan seorang bapa apabila anak lahir, maksud saya mengikut cara Islam. Saya juga agak keliru kerana ada mengatakan azan anak lelaki di telinga sebelah kanan dan anak perempuan sebelah kiri. Terima kasih.  
Zul dan Ina,
Pulau Pinang.

Jawapan:
ALHAMDULILLAH Wassolatu wassalam ‘ala Rasulillah waba’d. Allah SWT berfirman dalam surah as-Syura ayat 49 dan 50: “Bagi Allah jualah milik segala yang ada di langit dan di bumi. Dia menciptakan apa yang dikehendaki-Nya. Dia mengurniakan anak perempuan kepada sesiapa yang dikehendaki-Nya dan mengurniakan anak-anak lelaki kepada sesiapa yang dikehendaki-Nya. Atau Dia mengurniakan mereka kedua-duanya, anak-anak lelaki dan perempuan dan Dia juga menjadikan sesiapa yang dikehendaki-Nya mandul.”

Alhamdulillah, bersyukurlah kepada Allah SWT kerana dikurniakan anak. Dalam Islam ada adab-adab yang perlu diikuti agar dinilai sebagai suatu ibadat. Sebagai contoh, adab menyambut kelahiran, antaranya;


  • Hendaklah orang yang mengetahui saudaranya yang baru menerima cahaya mata untuk menunjukkan rasa gembira dengan kelahiran anak dengan ucapan tahniah. Ucapan yang terbaik adalah seperti disebut oleh Ibnu Qayyim al-Jauziyyah dalam kitab beliau, Tuhfatul Maudud bi ahkamil Maulud, iaitu: “Burika laka fil Mauhub, wasyakartal Wahiba, wabalagha rushdahu waruziqta birrahu (Moga diberkati untukmu pada kurnia-Nya dan hendaklah engkau bersyukur kepada Pengurnia (Allah) dan moga anak itu mencapai umur dewasa dan engkau memperoleh kebaktiannya).”




  • Apabila anak itu lahir, maka hendaklah diazankan pada telinga kanan bayi dan diiqamatkan pada telinga kirinya seperti hadis diriwayatkan al-Baihaqi dalam kitab asy-Syu’ab daripada hadis Hasan bin Ali RA daripada Nabi SAW bersabda yang bermaksud: “Sesiapa yang dianugerahkan seorang bayi, lalu dia mengumandangkan azan di telinga kanannya dan iqamat di telinga kirinya, maka bayi itu akan dijauhkan daripada Ummu Syibyan.” Menurut sebahagian ulama, Ummu Syibyan adalah jin perempuan. Ada yang mengatakan apa saja yang menakutkan anak dan ada yang mengatakan angin yang menyebabkan sakit.




  • Hendaklah ditahnikkan bayi itu. Tahnik bermaksud mengambil sedikit kurma pada jari telunjuk lalu dimasukkan pada mulut bayi lalu digerakkan perlahan-lahan ke kanan dan ke kiri agar menyentuh seluruh mulut bayi. Seterusnya manisan itu akan masuk ke rongga tekak dan tahnik ini dilakukan supaya memudahkan bayi ketika menyusu. Sebaik-baiknya orang yang mentahnik bayi adalah orang yang salih supaya bayi berkenaan memperoleh keberkatan. Menurut hadis riwayat al-Bukhari dan Muslim daripada Abu Musa RA: “Saya dikurniakan seorang anak lelaki. Lalu saya membawanya kepada Nabi SAW. Baginda SAW memberikan namanya Ibrahim dan mentahniknya dengan kurma.” (Imam al-Bukhari menambahkan: Rasulullah mendoakan agar diberi berkat dan dipulangkan bayi itu kepadaku).




  • Mencukur rambut bayi. Ibnu Ishaq menyebutkan sebuah hadis riwayat al-Baihaqi daripada Abi Rafi’ Maula Rasulullah SAW bahawa ketika Hasan bin Ali lahir, ibunya Fatimah ingin mengakikahkannya dengan dua ekor kambing. Lalu Rasululullah SAW bersabda: “Jangan kamu mengakikahkannya tetapi cukurlah rambutnya kemudian sedekahlah dengan perak seberat timbangan rambutnya di jalan Allah atau berikan kepada orang musafir.” Kemudian (tahun berikutnya) apabila lahirnya Husain selepas itu, Fatimah melakukan seperti itu juga. Imam al-Baihaqi berkata: “Jika hadis ini sahih, agaknya Rasulullah SAW mahu mengakikah sendiri cucu Baginda seperti yang kami riwayatkan.”




  • Melakukan akikah iaitu anak lelaki dua ekor kambing dan anak perempuan seekor kambing seperti disebutkan dalam sebuah hadis riwayat Ahmad daripada Aisyah RHA, beliau berkata: “Rasulullah menyuruh kami supaya mengakikahkan anak perempuan dengan seekor kambing dan anak lelaki, dua ekor kambing.” Demikianlah, wallahua’lam








  • baik. saya suka :)

    salam 'alaik

    dipetik dari sini :)

    Persoalan Agama: Pendakwah mesti guna hadis sahih, hasan
    Bersama Ustaz Zahazan Mohamed
    bminggu@bharian.com.my
    2011/06/12

    ASSALAMUALAIKUM ustaz, saya ada terbaca kitab atau majalah lama mengenai hadis seperti berikut:

    1. Sabda Nabi: “Ada dua golongan, jika ia baik maka baiklah masyarakat dan jika buruk maka buruklah masyarakat. Dua golongan itu adalah pemerintah dan ulama.
    2. Sabda Nabi: “Akhir zaman nanti akan wujud golongan lebih teruk daripada dajal.” Sahabat bertanya “Siapakah dia” dan Nabi menjawab “mereka ialah ulama yang jahat.”
    3. Sabda Nabi: “Ada lima musuh orang Islam (mukmin dan muslim). Mereka ialah orang syaitan, nafsu, orang fasiq, munafik dan kafir.
    4. Sabda Nabi: “Aku adalah bapa kepada kalian.” Kemusykilan saya ialah, adakah semua hadis diatas hadis sahih? Jika ia sahih maka adalah wajar ulama menghebahkannya dalam setiap perbincangan berkaitan masalah kepincangan masyarakat.

    Mej (B) Baharuddin Ishak.

    Alhamdulillah wassolatuwassalam ‘ala rasulillah.
    Allah SWT berfirman yang bermaksud: “Dan apa juga perintah yang dibawa Rasulullah (SAW) kepada kamu maka terimalah serta amalkan, dan apa juga yang dilarangnya kamu melakukannya maka patuhilah larangannya. Dan bertakwalah kamu kepada Allah; sesungguhnya Allah amatlah berat azab seksa (bagi orang yang melanggar perintah-Nya). (Surah Hasyr, ayat 7)

    Dalam hadis riwayat al-Bukhari dan Muslim menyebut bahawa Nabi SAW bersabda: “Sesungguhnya berdusta keatasku (menggunakan namaku) bukan seperti berdusta ke atas orang lain (menggunakan nama orang lain). Sesiapa yang berdusta ke atasku dengan sengaja, maka siaplah tempat duduknya dalam neraka.

    Dalam ilmu hadis, sekiranya hadis itu dihukumkan sahih dan hasan, maka wajib ia diterima. Manakala sekiranya dihukumkan daif, maka sebahagian ulama berkata sekiranya tidak seberapa daifnya boleh digunakan untuk menyatakan Targhib dan Tarhib (galakan dan ancaman) serta fadilat amal dengan syarat tidak meyakini ia sabda baginda SAW dan dinyatakan kedaifannya.

    Namun sekiranya ia termasuk hadis yang terlalu daif seperti matruk, mungkar dan maudu’, maka wajib ditolak.

    Dalam Islam, berdusta menggunakan nama Nabi adalah kesalahan besar kerana Nabi Muhammad SAW adalah sumber pengambilan agama. Maksud berdusta iaitu menyandarkan perkataan atau perbuatan atau pengakuan kepada Nabi SAW sedangkan Baginda tidak berkata atau berbuat atau mengakui sebagai mana dalam hadis itu. Ini adalah jenayah besar dalam Islam kerana seolah-olah mahu mewujudkan agama baru.

    Apabila pendakwah mahu menyampaikan sesuatu hadis, selayaknya ia memilih hadis dihukum sahih atau hasan agar orang lain dapat menerima kebenaran yang diyakini. Namun sekiranya sesuatu hadis itu berada pada kedudukan daif, pendakwah harus menyatakan hukum bagi hadis itu agar orang lain tidak menganggapnya khabar yang diyakini daripada Nabi SAW.

    Sebagai contoh, hadis pertama yang saudara nyatakan itu, menurut al-Hafiz al-Iraqi sanadnya adalah daif, teks hadisnya berbunyi: “Sinfani min ummati, iza saluhaa, saluhan naas. Wa iza fasadaa, fasadan naas: As-Sultaan wal Ulama.’ Yang bermaksud: Dua golongan daripada umatku, jika keduanya baik maka baiklah semua manusia dan jika keduanya buruk, maka buruklah semua manusia; (Dua golongan yang dimaksudkan itu ialah) pemerintah dan ulama.’

    Manakala hadis kedua pula daripada riwayat Ahmad daripada Abu Zar dengan sanad yang baik. Teksnya yang saya temui adalah: “La ana min ghairid dajjal Akhwafu ‘alaikum minad dajjal. Faqiil: Wa ma zalika? Faqala: Minal a immatil mudhilliin. Maksudnya Benar-benar saya lebih takut menimpa kamu daripada Dajal. Sahabat bertanya: “Apakah itu wahai Rasulullah? Rasulullah SAW menjawab: Ia adalah kalangan pemimpin yang menyesatkan.

    Sebenarnya ada banyak lagi hadis yang patut dihebahkan dalam masyarakat supaya kehidupan masyarakat berpandukan jalan selamat, bahagia dan harmoni sebagai mana yang dikehendaki oleh syariat Islam. Demikianlah, Wallahua’lam.

    INFO

    Sebarang kemusykilan sila hantarkan soalan ringkas menerusi e-mel bminggu@bharian.com.my atau melalui pos di alamat Berita Minggu, Balai Berita, 31, Jalan Riong, 59100 Bangsar, Kuala Lumpur.





    Thursday, June 23, 2011

    kali ni ilmiyah sikit :)

    salam 'alaik

    Hukum Berubat Dengan Memakan Sesuatu Yang Diharamkan

    Di dalam keadaan darurat, jika seseorang terpaksa untuk memakan sesuatu yang diharamkan, maka baginya boleh memakan apa yang asalnya haram tersebut dengan ukuran sekadar dapat mengelakkan (menjaga dirinya) dari kematian.

    Allah Subhanahu wa Ta’ala berfirman (maksudnya):

    “Sesungguhnya Allah hanya mengharamkan bagimu bangkai, darah, daging babi, dan binatang yang (ketika disembelih) disebut (nama) selain Allah. Tetapi barangsiapa dalam keadaan terpaksa (memakannya) sedang dia tidak menginginkannya dan tidak (pula) melampaui batas, maka tidak ada dosa baginya. Sesungguhnya Allah Maha Pengampun lagi Maha Penyayang.” (Surah al-Baqarah, 2: 173)

    Namun, perbuatan berubat adalah sebenarnya tidak semestinya termasuk ke dalam perkara yang menjurus kepada darurat. Kerana tidak semestinya semua penyakit itu menjurus kepada kematian.

    Dan menurut pendapat ulama yang benar bahawa berubat itu bukanlah suatu kemestian atau kewajiban buat orang yang ditimpa penyakit. Syaikh al-Islam Ibnu Taimiyyah menjelaskan:

    “Aku sama sekali tidak mengetahui seorang pun dari kalangan Salaf yang mewajibkan berubat.” (Majmu’ al-Fatawa, 21/564)

    Di antara dalil yang menyokong pendapat tersebut adalah hadis Ibnu ‘Abbas radhiyallahu ‘anhuma berkenaan seorang wanita berkulit hitam yang datang kepada Nabi Shallallahu ‘alaihi wa Sallam. Wanita itu berkata, “Aku ditimpa penyakit ayan (epilesi/sopak), doakanlah kesembuhan buatku.” Belia Shallallahu ‘alaihi wa Sallam bersabda:

    “Jika engkau mahu bersabar, maka bagimu adalah Syurga, dan jika mahu, aku akan memohon kepada Allah agar menyembuhkanmu.” (Hadis Riwayat al-Bukhari)

    Sekiranya berubat itu merupakan suatu perkara yang diwajibkan, sudah tentu Nabi Shallallahu ‘alaihi wa Sallam tidak akan memberikan pilihan.

    Dari sini, boleh difahami bahawa berserah diri dengan tidak berubat merupakan satu langkah yang lebih utama jika disertai dengan kesabaran. Ada pun jika tidak disertai dengan kesabaran dan terasa berat (sangat terbeban) dengan kesakitan tersebut, maka pada masa itu, berubat adalah lebih diutamakan. Dari sini juga menunjukkan bahawa keutamaan untuk berserah diri (meninggalkan berubat) telah hilang dengan tidak adanya kesabaran.

    Dari keadaan ini, maka dapat diambil kesimpulan bahawa berubat dengan sesuatu yang diharamkan itu adalah tidak dibolehkan apatah lagi menyatakan ia sebagai darurat.

    Diriwayatkan dari Thariq bin Suwaid al-Ju’fi radhiyallahu ‘anhu bahawa dia bertanya kepada Rasulullah Shallallahu ‘alaihi wa Sallam tentang khamar. Lalu beliau Shallallahu ‘alaihi wa Sallah melarang atau membenci membuatnya, kemudiannya dia bertanya lagi,

    “Aku membuatnya hanya sebagai ubat.” Lalu Rasulullah Shallallahu ‘alaihi wa Sallam berkata:

    “Sesungguhnya khamar bukanlah ubat, tetapi ia adalah penyakit.” (Hadis Riwayat Muslim)

    Hadis ini juga merupakan dalil yang menunjukkan bahawa tidak bolehnya berubat dengan sesuatu yang diharamkan seperti khamar (arak) atau seumpamanya.

    Juga diriwayatkan dari Abu Hurairah Radhiyallahu ‘anhu, dia berkata bahawa Rasulullah Shallallahu ‘alaihi wa Sallam melarang membuat ramuan ubat-ubatan yang buruk (dari sumber yang haram dan najis).” (Hadis Riwayat Abu Daud)

    Begitu juga dengan hadis berikutnya ini, di mana Rasulullah menjelaskan bahawa setiap penyakit ada ubatnya.

    Rasulullah Shallallahu ‘alaihi wa Sallam bersabda:

    “Sesungguhnya Allah menurunkan penyakit berserta ubatnya, dan menjadikan ubat bagi setiap penyakit, maka berubatah kamu dan jangan berubat dengan sesuatu yang haram.” (Hadis Riwayat Abu Daud dari Abu Darda’. Lihat ash-Shahihah no. 1633 (Hasan lighairihi))

    Kesimpulan:

    Haram berubat dengan sesuatu yang haram.

    kredit : sejibik


    Monday, June 20, 2011

    hati senang :)

    salam 'alaik

    kelihatan seorang lelaki mungkin dalam umur 40 an berjanggut panjang berjalan keluar dari masjid ketika imam membaca doa



    :)

    Sunday, June 19, 2011

    kenapa aku kuat berangan sekarang ?

    salam 'alaik

    situasi pertama :

    "akak, kenapa ade orang pakai tutup mulut sampai nampak mata je ? "

    "sebab diorang nak tutup aurat :) "

    "abis tu, akak ? nape akak tak pakai ? "

    "ermm...sebab akak tak bersedia lagi :) "

    "nanti kalau akak dah bersedia, akak pakai la "

    "insyaAllah... :) "

    situasi kedua :

    "ummi pernah tak pergi kenduri, tempat lelaki dan perempuan asing ? "

    "pernah"

    "kat mana ? "

    "pernah dulu. kenduri kawan ayah kot. "

    "laki perempuan asing tempatnya ? "

    "ye la. tapi susah la kalau ade anak kecik. biasa kalau tempat tak asing, makan gilir gilir. sorang makan sorang jaga anak "

    "ooo. ha'ah. tu la. kalau macam kat arab saudi kot, sape ntah citer kat mira, restoran kat sana ade tiga seksyen. lelaki single, perempuan single, keluarga"

    "so, nanti awak nak buat kenduri macam tu :) ? "

    "heee. ha'ah. hakhakhak. kat dewan eh :) "

    "dah de calon ker :) ? "

    "oops. belum lagi. hahahahahaha :D "

    "kalau dah de calon, bagitau ummi "

    "errr....hahahahaha. ookeeeeee :D "









    *like ceramah maghrib isya' tadi. ilmiyah dan mengajar ittiba' sunnah. sape la ustaz tuu...?

    *umur 19 tahun baru dapat beza pesona ngan gen-2

    Wednesday, June 15, 2011

    susah betul .

    salam 'alaik

    "akak, orang depan balik"

    "yeh ? alaa. akak tak heran la"

    huh

    susah betol orang popular jadi jiran

    kecoh .

    perasaan ?

    bangga ? TAK MUNGKIN !

    tu semua DUNIA !

    ingat akhirat OK !

    Saturday, June 11, 2011

    suatu ketika dahulu . . .

    salam 'alaik

    aku dah belajar subjek tauhid sejak pintar 1 sampai pintar 6. psra pun dah amik.

    tingkatan 1 sampai tingkatan 3, zaman jahiliyyah sket.

    tingkatan 4 sampai tingkatan 5, zaman islah ( yeh ? ) sebab ditarbiyyah. ape ape pun aku bersyukur. Alhamdulillah ya Allah . . .

    ye. pabila kite 'pro-islam', orang suke. tapi orang nampak 'pro-islam' tu dari aspek lain. dulu aku suka. sekarang aku tak suka, sebab aku dah faham, walaupun aku bukanlah dalam kalangan ulama'.

    aku selalu tanya dalam hati, "ada tak mereka ajar pasal tauhid? ". tetibe dalam hati terdetik "korang yang 'pro' sangat ni dah settle baca al quran? ". minta maaf. kasar sket.

    dulu, aku rasa tauhid tu senang. kire settle la. tapi bile dah belajar ...

    T.T

    hanya Allah Maha Memberi Petunjuk !


    Thursday, June 09, 2011

    muhasabah sejenak .

     salam 'alaik





    "Sesungguhnya orang-orang yang beriman itu hanyalah mereka yang apabila disebut nama Allah, bergetarlah hati-hati mereka; dan apabila dibacakan kepada mereka ayat-ayat-Nya, bertambahlan iman mereka dan kepada Tuhanlah mereka bertawakkal" 
                                                                                           
                                                                                          Al Anfal : 2



    Tuesday, June 07, 2011

    manusia itu.

    salam 'alaik

    manusia itu. mudah alpa. senang leka. dia cepat terpengaruh. dia sedih.

    kadang kadang kuat. selalu lemah.

    waktu lemahnya, dia ketakutan. resah dan gundah. hatinya tak menentu. dia sedih lagi.

    anasir luar membawa imannya pergi. dia terasa hatinya sakit disuntik cecair hitam. legam.

    jauh di sudut hatinya, dia tak nak berubah.

    dia tak nak ditinggalkan orang orang yang dia perlukan.

    dan harapannya yang pasti dia tak mahu mereka meninggalkannya.

    betul. sebenarnya diri sendiri yang menentukan.

    tapi dirinya belum cukup kuat untuk berdiri sendiri. belum bisa.

    hitam lebih kuat daripada putih. dia sedih di dalam, tapi luarannya gelak gelak.

    dia sedar. usahanya tak seberapa. malah, dia tak pasti sama ada wujud atau tak.

    yang pasti dia mahu KEKUATAN !

    KEBAL.

    KERAS.


    bukan begini



    tapi ini







    Thursday, June 02, 2011

    kau tau kenapa aku tak bagi ?

    salam 'alaik

    sebab aku dah tau hukum !


    renungkanlah

    walaupun panjang

    kuatkan iman

    Wednesday, June 01, 2011

    menara keimanan.

    salam 'alaik

    aku tengah baca buku ape ?

    aku tengah kaji ape ?

    ?

    ?

    ?

    how to delete your facebook permanently ???

    salam 'alaik

    :) firstly, go to this url

    https://ssl.facebook.com/help/contact.php?show_form=delete_account

    you'll see this page






    then, follow the instruction given.

    after that, do remember to NOT TO SIGN IN your facebook within 14 days! :)

    best of luck !

    semoga ini lebih baik !

    got it !

    salam 'alaik

    zaman skola dulu, waktu tazkirah banyak kali cakap pasal bende ni. bende ni buat aku sedikit takot. hmm. tapi, bila aku baca ni, baru aku sedar ! kita kene ikot AL QURAN DAN AS SUNNAH ! hmm. lagi satu, ni la yang aku nak cakap cakap kat orang orang especially my family tapi tak tercakap cakap :'(

    .
    .

    Suatu ketika atau mungkin sehingga masa ini, nama Holy Water (Air Keramat) memang cukup terkenal sebagai air sihir yang dikatakan dihasilkan golongan paderi kristian. Sebahagian masyarakat Islam khususnya dari kalangan orang Melayu pernah menggembar-gemburkan isu air tersebut (Holy Water) yang dikatakan memiliki kuasa tertentu mengakibatkan seseorang penganut Islam yang meminumnya murtad kerana lupa akan Allah, sukar bersyahadah, dan melahirkan perasaan benci Islam. Tetapi sebaliknya akan terus berminat kepada agama kristian lalu menganutinya.

    Nah! Betapa hebatnya air Holy Water!

    Namun sayangnya, fakta-fakta tersebut telah disangkal sendiri oleh para paderi kristian sekaligus menafikan kewujudan air sihir yang bersifat seperti itu. Seandainya benar sekalipun, ia tidak akan mampu memudharatkan umat Islam kerana Allah Subhanahu wa Ta’ala telah berfirman (maksudnya), “Dan mereka itu (ahli sihir) tidak memberi mudharat dengan sihirnya kepada sesiapa pun, kecuali dengan izin Allah.” (Surah al-Baqarah, 2: 102)

    “Dan tidak akan menang tukang sihir itu, dari mana saja ia datang.” (Surah Thoha, 20: 69)

    Logiknya, sekiranya Holy Water tersebut benar-benar wujud bagai dikata, sudah tentu tidak akan ada orang kristian yang akan memeluk Islam. Tetapi sebaliknya berlaku hari ini, puluhan ribu penganut kristian sukarela memeluk Islam di seluruh dunia. Paderi-paderi mereka pun ramai yang mendapat hidayah memeluk Islam dan kini giat berdakwah mengajak masyarakat sama-sama menerima Islam.

    Setelah kewujudan “Holy Water” kristian menjadi reda, “Holy Water” buatan orang melayu masih belum reda malah semakin menyubur sehingga ke masa ini.

    Holy Water milik masyarakat melayu ini dikatakan mampu mengubah seseorang yang malas menjadi rajin, si bodoh menjadi bijak, yang gelap hati akan menjadi ulama, yang selalu gagal boleh menjadi manusia berjaya, orang bujang boleh segera bertemu jodoh, miskin menjadi jutawan, malah sehingga boleh menjadikan seseorang yang sakit tenat kembali sihat.

    Demikianlah sebahagian keajaiban Holy Water versi melayu pula. Ia bukan suatu yang ditakuti sebagaimana kewujudan Holy Water versi kristian. Tetapi, air keramat versi melayu ini adalah air yang menjadi buruan masyarakat yang mengejar keajaiban segera. Malangnya, mereka sebenarnya sedang menjadi mangsa golongan agamawan yang merosakkan.

    Malah, kini ia bukan lagi setakat air, tetapi produk ini turut diperluaskan dalam bentuk lain seperti “Kismis Keramat”, “Madu Keramat”, dan seumpamanya. Produk-produk ini diberi nilai tarikan yang hebat.

    Bagi menghasilkannya, akan dipanggaillah mana-mana orang berpangkat tok guru atau ustaz-ustaz tertentu supaya mereka membacakan doa-doa tertentu, atau jampi-jampi tertentu, atau dengan mana-mana ayat suci al-Qur’an atau kebiasaannya surah Yasin pada produk-produk tersebut. Setelah dibacakan pada produk tersebut, maka ia akan dibungkuskan untuk dipasarkan kepada para pengguna dan pembeli. Ada juga produk seperti madu asli yang khas dibacakan dengan 30 Juzuk al-Qur’an oleh Ma’had-ma’had tahfiz tertentu bagi menjadikan madu tersebut lebih “power” (memiliki nilai tambah) berbanding madu asli yang lainnya.

    Namun ironinya, tidak pula kita temui kaedah dan daya tambah sedemikian rupa melalui kalam Rasulullah Shallallahu ‘alaihi wa Sallam. Meminum madu sememangnya anjuran sunnah, sayangnya tidak pula Rasulullah Shalallallahu ‘alaihi wa Sallam mencontohkan atau menunjukkan kaedah jampi sebagaimana tersebut.

    Sehingga saya sendiri pernah melihat ada sebahagian majlis-majlis bacaan yasin (yasinan) dan majlis-majlis tahlil (tahlilan) yang menyediakan air dalam jumlah-jumlah tertentu dengan diletakkan pada bekas-bekas tertentu yang kebiasaannya botol-botol bersaiz bekas mineral water, diletakkan pada kedudukan di tengah-tengah lingkaran majlis tersebut diadakan. Menariknya, apabila bacaan atau majlis hendak dimulakan, penutup bekas (atau botol) akan dibuka dan setelah tamat majlis, penutup botol akan ditutupkan semula. Kemudiannya air-air tersebut akan diagih-agihkan dan diminum dengan hasrat akan memberi keberkatan dan penerang hati kepada si peminumnya.

    Air-air seperti ini kini boleh dianggap sebagai produk yang memiliki permintaan tinggi. Ia juga mampu memberi hasil pendapatan lumayan kepada para pengusahanya.

    Demikianlah meluasnya produk-produk ganjil dan aneh dalam pasaran negara kita hari ini. Kejahilan sebahagian masyarakat kita menjadikan produk-produk jampi seperti ini begitu laris dan diterima. Agama dan ayat-ayat Allah dipergunakan untuk mengelabui manusia dan meraih keuntungan.

    Jikalah benar para ustaz dan tok-tok guru tersebut ikhlas mahu membantu, apa salahnya jika dijampikan saja air di lautan, air sepanjang sungai, air-air di empangan milik jabatan bekalan air, selebar air di tasik, air setelaga, beras di gudang-gudang, dan padi yang sedang menguning di sawah-sawah padi. Cara seperti ini lebih membantu, malah hasilnya kelak bakal diterima oleh keseluruhan masyarakat dengan lebih komprehensif. Kebaikannya bakal dirasa bersama. Sama ada masyarakat yang miskin atau kaya. Yang mengetahui atau yang tidak mengetahui. Lalu, akan cerdik agama, bijak bestari dan sihat-sihat belakalah seluruh masyarakat kita lantaran berkatnya Holy Water versi melayu tersebut. Nescaya akan cemerlang, gemilang dan terbilang masyarakat kita di Malaysia dengan berkatnya Holy Water versi melayu tersebut.

    Tidak dinafikan memang wujud hadis-hadis yang menunjukkan adanya persoalan ruqyah dan jampi. Namun bukan sehingga dijadikan bahan meraih keuntungan dan perniagaan. Bukan juga sehingga membacakan al-Qur’an 30 juzuk ke atas madu, kismis, air zam-zam, air kolam 7 masjid, dan seumpamanya. Sekiranya ia suatu yang baik, nescaya al-Qur’an dan sunnah terlebih dahulu mengajarkannya. Telitilah hadis-hadis yang menerangkan adab-adab memakan kismis, madu, atau air zam-zam. Wujudkan adab sebagaimana tersebut?

    Fahamilah bahawa orang yang jahil ubatnya menuntut ilmu, orang yang gelap hatinya perlu mempelajari al-Qur’an dan hadis, ubat kegagalan adalah dengan meningkatkan daya usaha dan perancangan, orang yang malas ubatnya adalah motivasi dan dorongan, orang yang sakit adalah berjumpa doktor. Jangan kita berputus asa, Allah memberi ruang kepada kita agar sentiasa berdoa memohon kepadanya.

    “Sesungguhnya Allah tidak mengubah keadaan sesuatu kaum sehingga mereka mengubah keadaan yang ada pada diri mereka sendiri.” (Surah ar-Ra’d, 13: 11)

    Mungkin ada sebahagian penyakit seperti kerasukan jin atau terkena sihir, bolehlah dia diberi rawatan terapi jampi berpandu petunjuk as-Sunnah. Antaranya dengan doa-doa tertentu yang tsabit dari sunnah. Bukannya main hentam kromo mengikuti sunnah baru (bid’ah) ciptaan para ustaz atau tok-tok guru tertentu yang mengejar keuntungan. Bukan juga dengan sekadar membeli air pelbagai kegunaan cap “tok ustaz” di pasaran lalu diberi kepada anak-anak yang sedang demam, anak yang mahu mengambil peperiksaan, anak-anak yang mahu menambah daya hafalan, dan seumpamanya.

    Cara yang terbaik adalah si pesakit (yang mengalami gangguan) mengubati dirinya sendiri berpandukan zikir-zikir atau doa-doa yang ditunjuk-ajarkan oleh baginda Rasulullah Shallallahu ‘alaihi wa Sallam melalui hadis-hadisnya yang sahih. Di samping itu, mereka sendiri perlu mengubah cara hidupnya iaitu dengan cara memperbaiki amal-amalnya, menjauhi syirik (sentiasa memelihara aqidah), dan sentiasa mendekatkan diri kepada Allah. Tidak lupa supaya dia sentiasa membaca, meneliti, serta mengamalkan isi kandungan al-Qur’an di mana pun dia berada. Jangan biarkan rumah-rumah seperti kuburan yang tidak dibacakan al-Qur’an sehingga memaksa penghuninya ketagih air jampi bacaan al-Qur’an.

    Islam itu indah dan mudah untuk diamalkan. Ia dipraktikkan berdasarkan ilmu dan keikhlasan kerana Allah.
    credit :)