Monday, April 09, 2012

la adri kaif ulqi kalimah . . .

assalamualaikum wa rahmatullahi wa barakatuh...

tajuk tak de kaitan dengan tulisan...harap maklum.

kadang - kadang diri ini rasa sepi. sepi sendiri.

orang itu ada kawan. orang itu ada teman. orang itu ada sahabat.

tapi aku ?

aku tak kisah.

ya Dia bersamaku.

cuma...

aku takut lari sendiri.



ini bukan satu aduan

kerana bukan blogger.com tempat untuk mengadu...


.

Saturday, October 22, 2011

pengalaman semalam . . .

assalamu'alaikum...

pengalaman semalam...

trauma berdepan dengan lampu bas yang bagi warning di belakang kereta

banyak cerita yang menjadikan aku...

MA SYA ALLAH !!!

Sunday, October 09, 2011

otak yang Dia jadikan .

assalamu'alaikum . . .

Michael H Hart pun tau Muhammad itu berpengaruh

tapi ummat beliau sendiri kenapa masih tidak menyedarinya ?!






.

Saturday, October 08, 2011

bhonline.

assalam . . .

Jemaah tanpa ilmu agama mudah silap.

Batu Gua Hira didakwa berkat, bijirin burung sembuh penyakit

MAKKAH: Jemaah yang tiba di Tanah Suci untuk mengerjakan ibadat haji dan umrah tanpa mempunyai ilmu serta keyakinan Islam kukuh, dilihat mempunyai kecenderungan menyimpang daripada ajaran agama termasuk mempercayai batu tertentu boleh mengubati penyakit. 

Akhbar Arab News mengesan sejumlah jemaah ke Gua Hira’ di mana wahyu pertama diturunkan kepada Nabi Muhammad SAW atau bukit Jabal Rahmah di Arafah dengan mempercayai ia adalah sebahagian daripada ibadat umrah atau tempat memohon petunjuk Allah. 

Malah, sesetengah mereka mengambil batu dari gunung itu dan membawanya pulang ke tanah air sambil mendakwa ia untuk keberkatan keluarga.

Selain itu, ada juga jemaah yang mengutip bijirin yang diberikan kepada burung merpati atau burung lain berdekatan Masjidil Haram untuk mengubati penyakit mereka atau ahli keluarga.

Bijirin itu dijual warga asing di dalam beg plastik kecil dengan harga 1 riyal (85 sen) dan dibeli untuk memberi burung makan. Gandum dan bijirin itu boleh diperoleh di kawasan Al-Masfalah, Al-Hafair, Ghazah dan kawasan lain berdekatan Masjidil Haram.

Ditanya mengapa mengutip makanan burung itu, jemaah dari Pakistan, Riyasa Ghulam, 60, berkata isterinya yang muda enam tahun daripadanya mandul dan gagal mendapatkan anak sepanjang usia perkahwinan mereka.

“Kami sudah mencuba pelbagai rawatan. Seorang rakan menyarankan ketika mengerjakan umrah ambil peluang makan makanan burung merpati.

“Kini, selama seminggu kami makan tujuh bijirin sehari dan masih menunggu keputusan,” katanya.

Seorang jemaah dari Mesir pula, berkata isterinya mengalami sawan dan tidak boleh diubati.

Katanya, seorang rakan menasihatkan beliau mendapatkan makanan yang diberikan kepada burung untuk mengubati isterinya.

“Rakan berkata isteri saya perlu makan tiga biji setiap kali makan untuk tiga hari berturut-turut. Dua minggu sudah berlalu tetapi isteri saya tidak bertambah baik,” kata Ismail.

Beliau berkata rakannya berpesan supaya makan bijirin yang tidak pecah dan perlu dimakan sekali gus.

“Kami mengikut nasihatnya tetapi tiada apa pun berlaku,” katanya.

Pengarah Pengajian Islam di Universiti Umm Al Qurah, Muhammad Al-Suhali, berkata hanya umat Islam yang mempunyai keyakinan lemah dan ilmu mengenai agama yang sedikit akan melakukan perkara berkenaan. – Agensi






.

mahu saja ku . . .

assalam . . .

mahu saja ku katakan kepada mereka

kalian sudah berasa cukupkah ilmu agama untuk dibawa ke akhirat kelak

mahu saja ku menangis

kalian lebih berfikir tentang masa depan dunia kalian

masa depan akhirat kalian di mana :'(

mahu saja ku menjerit

aku mahukan bi'ah yang baik yang boleh meningkatkan imanku yang boleh peringatku sentiasa

mahu saja ku berkata

aku benci suasana itu. argue tak tentu pasal.

mahu saja ku berkata

kalian lebih ambil berat undang undang manusia berbanding undang undang Allah kan :'(

mahu saja ku berkata

terserlah lah kepada aku untuk memilih jalan ku minat ku kau tak berhak nak menilai aku

ya kau bersyukur kerana dunia tapi akhirat kau ?!

aku sedih...

aku takut...





akhirnya mengalir jua . . .

Wednesday, October 05, 2011

aku rindu tarbiyah itu . . .

salam 'alaik

tadi ke koperasi

di laluan yang kecil

lelaki itu : tumpang lalu . . .

aku rindu cara itu

selama hidup di universiti, tak pernah

yang ada hanya main langgar ; buat dek je











.

Monday, October 03, 2011

lama tak jumpa .

salam 'alaik

banyak perasaan.

belajar mengejar dunia . bukak kerusi meja , cakap cakap , bangun , tutup kerusi meja .

asmaul husna perlu gendang jugak ker ? haish -.-

siapalah aku nak dibandingkan dengan sahabat :'(





.

Friday, September 16, 2011

catatan semalam . . .

salam 'alaik

yup

PADAN MUKA ! 

so immature thought . malas . friends who will bring me nowhere .

be grateful to dunia ?!! 

DAAA !!

i have not enough strength to face it .

i did realize it , but why it was taken for granted ??!

ARGHH !!!

aku bukanlah seorang yang kuat !

hanya Dia yang tahu

aku senang terpengaruh !

juga Dia saja yang mengerti

aku mudah mengalah !

aku tak sekuat mana

aku cepat leka !

aku takut !

sangat !




 nampak tak kesedihan di sini




saat ini air mata mengalir bila muncul satu ayat di fikiran . . .
aku takut dipinggirkan . . .

Thursday, September 15, 2011

wasiat buat diriku . . .

salam 'alaik

tahukah kau, banyak firmanNya yang menyuruh kau menuntut ilmu...

tuntutlah ilmu agamaNya...

tuntutlah ilmuNya...

“Adakah sama orang-orang yang mengetahui dengan orang-orang yang tidak mengetahui?” (Az-Zumar: 9)
“Allah meninggikan orang-orang yang beriman diantara kalian dan orang-orang yang diberi ilmu pengetahuan beberapa derajat.” (Al-Mujadillah: 11)
“Sesungguhnya orang yang takut kepada Allah diantara hamba-hamba-Nya hanyalah orang-orang yang berilmu.” (Fathir: 28)
 Nabi s.a.w pun telah bersabda untuk menyuruh kau menuntut ilmu agama Allah,
“Barangsiapa yang Allah menghendaki suatu kebaikan pada dirinya maka Dia memberinya pemahaman dalam masalah dien (agama).” (HR. Bukhori Muslim)
“Sesungguhnya Allah dan para malaikat-Nya, penghuni langit dan bumi termasuk pula semut di dalam liangnya, termasuk pula ikan paus, benar-benar bersholawat kepada orang yang mengajarkan kebaikan pada manusia.” (HR. Tirmidzi)
“Kelebihan orang yang berilmu atas ahli ibadah ialah seperti kelebihan rembulan pada malam purnama atas seluruh bintang gemintang. Sesungguhnya orang-orang yang berilmu itu adalah para pewaris para nabi. Para nabi tidaklah mewariskan dinar dan dirham, tetapi mewariskan ilmu. Barang siapa mengambil ilmu itu, berarti dia telah mengambil bagian yang banyak.” (HR. Ibnu Majah dan Ibnu Hibban)
“Sesungguhnya para malaikat benar-benar mengepakkan sayap-sayapnya pada orang-orang yang mencari ilmu, karena ridho terhadap apa yang dicarinya.” (HR. Imam Ahmad dan Ibnu Majah)
“Barang siapa meniti suatu jalan untuk menuntut ilmu maka Allah memudahkan jalan baginya ke surga.” (HR. Muslim)
“Barangsiapa yang didatangi kematian pada saat dia sedang mencari ilmu, yang dengan ilmu itu dia hendak menghidupkan islam, maka antara dirinya dan para nabi hanya ada satu derajat di surga.” (HR. Ath-Thabrani)
Tahukah kau bahawa hukum menuntut ilmu agama adalah WAJIB ? 
ya ! 
W A J I B ! 
Rosululloh bersabda,“Mencari ilmu itu wajib atas setiap muslim.” (HR. Ahmad dan Ibnu Majah) 
“Sempatkan waktumu menemui majlis-majlis ta’lim yang lurus aqidah, akhlaq dan manhajnya sekalipun harus menempuh jalan yang jauh dan sulit. Sempatkan hatimu untuk menerima belaian dan makanan rohani berupa ilmu. Ingatlah dan ketahuilah bahwa sesungguhnya ilmu bagi hati bagaikan air bagi ikan. Apa jadinya ikan tanpa air? Lalu apa jadinya hati tanpa ilmu?”
ini tak. 
kau lebih utamakan dunia kau daripada akhirat kau. 
kau lebih minat ilmu fardhu kifayah daripada ilmu fardhu 'ain.
kau lebih ambil tahu ijazah dunia kau daripada buku rekod akhirat kau.
kau lebih banggakan pandangan pemikir barat daripada ulama Islam.
kau lebih tenang dengan undang undang dunia berbanding undang undang Allah.  
kau selalu ambil remeh hal hal agama dan terlalu ambil berat hal dunia.
kau tak sedar bahawa dunia ini sementara.
sedih kau di dunia hanya sementara.
gembira kau di dunia juga sementara.
kejayaan kau di dunia hanya sementara.
kegagalan kau di dunia juga sementara.
kebanggaan orang lain terhadapmu hanyalah sementara.
Zuunuun rodhiyallahu ‘anhu berkata, “Wahai saudaraku berdirilah di hadapan tuhanmu seperti anak kecil di hadapan ibunya. Setiap kali ia dipukul oleh ibunya, ia malah bergerak ke arahnya dan setiap kali ia diusir ia malah mendekatinya. Keadaannya tetap seperti itu sampai sang ibu mendekapnya.”
tidakkah kau inginkan Dia berbanding orang lain ?
mana satukah yang lebih kau pentingkan, nasihat orang di sekelilingmu atau kemurkaanNya ?
kasih sayang Nya atau kebencian orang lain ?
 
 
 .

Wednesday, September 14, 2011

Tuesday, September 06, 2011

w h o w ! alhamdulillah

salam 'alaik

tak sangka .

tapi alhamdulillah.

sekurang kurangnya diselitkan juga perkara ilmiah

walaupun mungkin kebanyakan penonton akan take for granted je ilmu tuh




vs





.

Monday, September 05, 2011

dirimu disayangi sebenarnya .

salam 'alaik




Terkadang orang marah apabila ditegur,
Ditegur kerana kita nampak dia berbuat maksiat,
Maksiat kepada Allah ditakuti mengundang kemarahan Allah,
Maksiat kepada Allah ditakuti terkena ancaman Allah SWT.

Terkadang orang tidak selesa jika dinasihati,
Dikatakan busy body, “ahhh… sibuk ajaa..”
Tapi sedarkah itu tanda cinta tanda sayang?

Menyingkap satu hadith nabi yang mulia SAW,
“Tidaklah seseorang dari kalian sempurna imannya, sampai ia mencintai untuk saudaranya sesuatu yang ia cintai untuk dirinya”. [1]
Sedang, antara kebaikan yang paling agung ialah,
Melihat saudaranya sendiri berada di jalan yang lurus..

Aku tidak suka dimurkai Allah,
Aku tidak suka mendapat ancaman neraka Allah,
Demikianlah juga,
Aku tidak suka saudaraku dimurkai Allah,
Aku tidak suka saudaraku mendapat ancaman azab Allah..

Renungkanlah, sukakah kita melihat orang yang dicintai disakiti?
Tidakkah kita sedar, itu tanda cinta dan sayang?


Nukilan
Mohd. Ikram Bin Jabilin
Ranau
28 Ramadhan 1432H / 28 Ogos 2011

________

[1] Hadits ini dikeluarkan oleh Iman Al Bukhari dalam Shahih-nya, kitab Al Iman, Bab Min Al Iman An Yuhibba Liakhihi Ma Yuhibbu Linafsihi (باب من الإيمان أن يحب لأخيه ما يحب لنفسه), no. 13 dan Imam Muslim dalam Shahih-nya, kitab Al Iman, Bab Al Dalil ‘Ala Ana Min Khishal Al Iman An Yuhibba Liakhihi Al Muslim Ma Yuhibbu Linafsihi Min Al Khair
(باب الدليل على أن من خصال الإيمان أن يحب لأخيه المسلم ما يحب لنفسه من الخير), no. 45




.

Friday, August 26, 2011

kau terlalu baik . . .

salam 'alaik

hari last kerja. pilu.

akan kurindu.

akak doakan kejayaan kau.

kau terlalu baik.











.

Saturday, August 20, 2011

tak lain tak bukan masih di sini .

salam 'alaik

whoa !!!

sudah lama tak kemas kini blog .

.
.
.
.
.


1) ade sorang senior kat mesir telah meninggal dunia.

2) banyak kali. mimpi tak sama tapi 'tema' yang sama. apakah ?

3) ramadhan kali ini . . .

4) yeah. makin menjadi jadi . . .

5) macam excited je. ye kah ?





.
.
.
.
.


al ankabut.






Saturday, August 13, 2011

eh nampaknya kau semakin leka...

salam 'alaik

sedar

tapi tak bertindak

kenapa ?!!

nafsu yang utama ??!

huh





kau memang la !!!

mana iman kau ??

mana ha ???!!

ye ! sedar pun ! yanqus !

so ape lagi ??!!!

bertindak laa !!!!

tengok orang lain.

bandingkan diri kau dengan orang lain.

memang manusia mudah alpa. leka. lupa.

tapi...






hanya hamba yang akan meninggalkan semua ini . . .






Sunday, August 07, 2011

gathering.

salam 'alaik

sahabat,

minta maaf atas segala kejutan.

aku dah berubah. banyak.

yep sahabat.

memang dari hati aku berkata.

aku tak mahu hubungan kita menjadi asing.

bahkan, aku mahu kalian dapat apa yang aku dapat.

aku mahu sangat sangat.

memang.

Hidayah tu milikNya.

semoga dikurniakan kepada kita, hambaNya yang kerdil sangat.



Friday, August 05, 2011

putih suci .

salam 'alaik


cinta 
yang putih itu
aku impikan.

cinta suci
seorang hamba kepada Khaliq nya.

dulunya
cinta itu hitam
kerana
diri ini
tidak pernah kenal
erti sebenarnya.

aku mencari cari
cinta putih itu.

ku jumpa
kerana
Dia Maha Memberi Hidayah.

aku bahagia 
bersama cinta putih itu.
tenang.

 tapi 
aku mulai sedar
cintaku
semakin kelam
kelabu.

cinta putih itu
datang menyinggah sahaja
di hadapan mata ini
kadang kadang.
cuma seketika.

tidak setiap langkah
ku ingat Dia.
tidak setiap tindakan
ku fikir Dia.

aku ingin sekali 
mengecapi
cinta putih itu
semula.

hanya Dia tahu.
aku ingin sekali
menukar kelabu itu
menjadi putih suci
nan hakiki.

hanya Dia tahu.
bahawa 
ku dambakan
iman ku
yang semakin hilang.
pergi...




aku sedar...

aku masih belum bersedia untuk menghadapi kematian...

.
.
.
.
.

Thursday, August 04, 2011

Monday, August 01, 2011

aku masih penuntut ilmu...

salam 'alaik

SIFAT IFTAR NABI

OLEH: 'ALLAMAH IBN AL-QAYYIM AL-JAUZIYYAH

TERJEMAHAN: MUHAMMAD ASRIE B. SOBRI

Fasal: Pada Menyatakan Petunjuk Baginda s.a.w Dalam Berbuka Puasa

Adalah Baginda s.a.w menggalakkan supaya berbuka puasa dengan Tamar, jika tidak ada maka hendaklah dengan air, ini adalah termasuk kesempurnaan keprihatinan baginda kepada umat baginda dan nasihat baginda untuk mereka, ini kerana memberikan tabiat (tubuh badan) sesuatu yang manis dalam keadaan perut kosong lebih diterima (oleh sistem badan) dan memberi manfaat kepada kekuatan tubuh terutama sekali kekuatan penglihatan dan adalah halwa Madinah daripada Tamar demikian juga jem mereka (ketika itu), demikian juga tamar adalah makanan asasi mereka, pencicih roti mereka, dan rutob (kurma segar yg belum masak sepenuhnya) pula adalah buah-buahan mereka (yang utama).

Adapun air, ini kerana hati sewaktu berpuasa menjadi agak kering, jika ia dibasahkan dengan air maka akan sempurnalah pengambilan makanan yang akan diterimanya selepas itu.

Oleh itu, yang utama bagi mereka yang sedang kelaparan dan kedahagaan untuk memulakan dengan meminum sedikit air kemudian barulah makan, bersamaan ini juga terdapat khasiat-khasiat tersendiri pada Tamar dan air yang memberi faedah untuk kebaikan jantung yang tidak diketahui melainkan para doktor jantung.

Demikian juga baginda Nabi s.a.w berbuka sebelum bersolat dan baginda berbuka dengan beberapa biji rutab jika ada, jika tidak ada maka dengan tamar, jika tidak ada juga maka dengan beberapa teguk air.

Disebutkan juga bahawa baginda Nabi s.a.w membaca ketika berbuka puasa:

  اللهم لك صمت، وعلى رزقك أفطرت، اللهم تقبل مني إنك أنت السميع العليم
Maksudnya: "Ya ALLAH, aku berpuasa kerana-Mu, atas rezeki dari Kamu jua aku berbuka, Ya ALLAH terimalah daripada aku, sesungguhnya Engkau maha Mendengar lagi Maha Mengetahui".
Tetapi doa ini tidak tsabit (tidak sahih).

Juga diriwayatkan bahawa baginda mengucapkan:

اللَّهُمَّ لَكَ صُمْتُ، وَعَلَى رِزْقِكَ أَفْطَرْتُ
Maksudnya: "Ya ALLAH, aku berpuasa kerana-Mu, atas rezeki dari Kamu jua aku berbuka".
Ia diriwayatkan oleh Abu Daud daripada Muaz bin Zuhrah bahawa dia menyampaikan bahawa Nabi s.a.w membacanya.

Diriwayatkan juga bahawa baginda s.a.w membaca:
ذَهَبَ الظَّمَأُ، وَابْتَلَّتِ الْعُرُوقُ، وَثَبَتَ الْأَجْرُ إِنْ شَاءَ اللَّهُ تَعَالَى
Maksudnya: "Telah hilanglah kedahagaan, telah basah pula kerongkong, dan telah tsabit pula pahala insya-ALLAH".

Abu Daud menyatakannya daripada hadis al-Husein bin Waqid daripada Marwan bin Salim al-Muqaffa' daripada Ibn Umar r.huma.

Diriwayatkan juga bahawa baginda s.a.w bersabda:

إِنَّ لِلصَّائِمِ عِنْدَ فِطْرِهِ دَعْوَةً مَا تُرَدُّ
Maksudnya: "Sesungguhnya bagi orang yang berpuasa itu ketika waktu berbukanya mempunyai satu doa yang tidak akan ditolak"
Meriwayatkannya Ibn Majah.

Telah sahih juga bahawa baginda bersabda:

إِذَا أَقْبَلَ اللَّيْلُ مِنْ هَاهُنَا، وَأَدْبَرَ النَّهَارُ مِنْ هَاهُنَا، فَقَدْ أَفْطَرَ الصَّائِمُ
Maksudnya: "Jika telah masuk malam dari sini (timur) dan telah berlalu siang dari sini (Barat) maka telah berbukalah orang-orang yang puasa".

Hadis ini ditafsirkan dengan maksud orang-orang berpuasa itu telah berbuka secara hukum walaupun mereka tidak berniat (membuka puasa) dan ditafsirkan juga dengan maksud telah masuk waktu berbuka puasa baginya sebagaimana dikatakan (dalam bahasa arab): أَصْبَحَ وَأَمْسَى  (telah berpagi-pagi jika masuk waktu pagi, dan berpetang-petang jika masuk waktu petang).

Baginda juga melarang orang yang berpuasa daripada berkata dengan perkataan yang kotor, bertekak, mencela, dan menjawab balas celaan serta memerintahkan untuk dia berkata kepada orang yang mencelanya dengan berkata: "Aku sesungguhnya sedang berpuasa". Dikatakan hendaklah dia berkata (sebegini jika dicela) dengan lidahnya dan ini yang zahir (daripada hadis) dan dikatakan hendaklah dia berkata dalam hatinya untuk mengingatkan dirinya bahawa dia sedang berpuasa dan dikatakan juga dia berkata dengan lidahnya jika dia berpuasa fardu tetapi jika puasa sunat maka dia berkata dalam hatinya kerana ini lebih jauh daripada riya'.

Sumber: Zadul Ma'ad fi Hadyi Khairil 'Ibad, 2/49-50


 *     *     *     *     *


BACAAN BACAAN KETIKA BERBUKA PUASA

OLEH: FAQIH AL-ZAMAN IBN USAIMIN RH

TERJEMAHAN: MUHAMMAD ASRIE B. SOBRI


Dan perkataan beliau: (dan mengucapkan apa yang warid): Yakni disunatkan menyebut apa yang warid daripada Nabi s.a.w ketika berbuka puasa, dan diketahui warid (daripada Nabi s.a.w) ketika hendak berbuka puasa dan selainnya membaca Bismillah ketika hendak makan dan minum dan ia (membaca bismillah) atas pendapat yang terkuat adalah WAJIB yakni jika seseorang hendak makan atau minum maka WAJIB atasnya untuk mebaca Bismillah. Dalilnya adalah seperti berikut:

Pertama: Nabi s.a.w memerintahkannya[1].

Kedua: Perkhabaran baginda s.a.w  bahawa Syaitan akan makan bersama dengan orang yang tidak membaca Bismillah.

Ketiga: Tindakan baginda menahan tangan seorang Jariah dan seorang Badwi yang datang untuk makan sebelum mereka membaca bismillah dan baginda memberitahu bahawa Syaitan yang menolak (mendorong) mereka (untuk makan) dan bahawa tangan syaitan bersama dengan tangan mereka berdua yang sedang dipegang olehNabi s.a.w dihalang daripada makan.

Tetapi jika dia terlupa maka hendaklah mengucapkan:  

بسم الله أوله وآخره
Maksudnya: "Dengan Nama ALLAH pada awal dan akhirnya" [Abu Daud, al-Tarmizi, dan Ahmad].

Demikian juga apa yang warid (daripada Nabi s.a.w) sewaktu berbuka puasa dan lainnya adalah mengucapkan al-Hamdulillah selepas selesai (makan atau minum) kerana ALLAH reda kepada hambaNya yang memuji-Nya setelah dia makan dan setelah dia minum[2].

Adapun apa yang diriwayatkan berkaitan bacaan ketika berbuka puasa (bacaan khusus) seperti:

اللهم لك صمت، وعلى رزقك أفطرت، اللهم تقبل مني إنك أنت السميع العليم
Maksudnya: "Ya ALLAH, aku berpuasa kerana-Mu, atas rezeki dari Kamu jua aku berbuka, Ya ALLAH terimalah daripada aku, sesungguhnya Engkau maha Mendengar lagi Maha Mengetahui".[3]

Demikian juga datang beberapa atsar yang lain juga berkenaan bacaan (khusus) ketika berbuka, dan semuanya pada sanad masing-masing terdapat masalah, tetapi jika dibaca oleh seseorang maka ianya tidak menjadi kesalahan.

Antaranya juga (bacaan khusus ketika berbuka) adalah apabila hari yang panas lalu dia minum setelah berbuka maka dia mengucapkan:

ذهب الظمأ، وابتلت العروق، وثبت الأجر إن شاء الله
Maksudnya: "Telah hilanglah kedahagaan, telah basah pula kerongkong, dan telah tsabit pula pahala insya-ALLAH".[4]

Hilangnya dahaga dengan minum amat jelas, demikian juga basahnya urat kerongkong jelas (ianya disebabkan minum) maka seorang manusia jika dia minum dalam keadaan dia dahaga, dia berasa apabila air sampai ke dalam perutnya air itu mengalir ke seluruh tubuhnya dan dia berasa sangat puas seraya dia berkata dalam hatinya: "Maha Suci ALLAH yang Maha Bijaksana lagi Maha Mengetahui yang mengalirkan air ini dengan begitu cepat (dalam tubuhnya)".

Zahir hadis ini menunjukkan bahawa zikir ini dibaca jika seorang yang berpuasa itu berada dalam keadaan dahaga dan kerongkongnya kering.[5]


Sumber: Al-Syarhul Mumti' 'ala Zadil Mustaqni', 6/441.



[1]. Asal setiap perintah syarak adalah wajib kecuali ada dalil lain yang mengalihkannya kepada sunat atau harus. Hadis perintah ini dikeluarkan oleh Ibn Abi Syaibah dalam Musannaf hadis no 24441

[2]  Hadis Riwayat Muslim

[3]  Dikeluarkan oleh al-Daruqutni dan Ibn Sunni dalam 'Amal al-Yaum wal Lailah. Ianya da'if sebagaimana dinyatakan  Imam Ibn al-Qayyim r.h dalam Zadul Ma'ad.

[4]  Dikeluarkan oleh al-Daruqutni dan al-Hakim. Imam al-Daruqutni menyatakan hadis ini Hasan.

[5] yakni dibaca setelah berbuka puasa dengan meminum air setelah berpuasa dengan keadaan dahaga dan kering disebabkan cuaca panas


*     *     *     *     *


HUKUM TAZKIRAH TARAWIH

OLEH: FAQIH AL-ZAMAN IBN USAIMIN R.H

TERJEMAHAN: MUHAMMAD ASRIE B. SOBRI

Soalan: Kami di Kuwait mengadakan Mau'izah (ceramah/tazkirah) selepas empat rakaat daripada solat qiam (tarawih), adakah ianya diperbolehkan dan jika boleh bagaimanakah cara yang sewajarnya dilakukan?

Jawapan:
Pada pandangan saya hendaklah ianya TIDAK DILAKUKAN kerana:

Pertama: Ianya tidak berasal daripada petunjuk Salaf

Kedua: Bahawa sebahagian manusia suka untuk melakukan Tahajjud maka dia hendak segera pulang ke rumahnya, maka dengan mengadakan (tazkirah) ini akan menyebabkan adanya halangan, membosankan mereka, dan memaksa mereka untuk mendengar mau'izah ini sedangkan mau'izah itu jika tidak diterima maka mudaratnya lebih besar daripada manfaatnya.

Oleh sebab ini Nabi sallallahu 'alaihi wa 'ala Alihi wa Sallam menjarakkan masa mau'izah kepada para Sahabat serta tidak memberatkan mereka dan tidak mengulang-ulang. Maka aku berpendapat meninggalkannya (tazkirah) lebih utama.

Jika Imam hendak memberikan juga nasihat dan peringatan ini maka hendaklah dilakukan pada akhir sekali setelah selesai kesemua solat supaya orang ramai mempunyai pilihan sama ada untuk mendengar atau untuk bersurai.

Sumber: Liqa' Bab al-Maftuh, 5/227


*     *     *      *     *



MENYEMPURNAKAN TARAWIH DENGAN IMAM
OLEH: IMAM ABDUL AZIZ BIN BAZ R.H

TERJEMAHAN: MUHAMMAD ASRIE B. SOBRI

SOALAN: Jika seseorang bersolat dengan Imam yang bersolat 23 rakaat lalu dia (si makmum) hanya cukup melakukan 11 rakaat dan tidak menyempurnakan solatnya dengan Imam adakah perbuatannya ini menepati Sunnah?

JAWAPAN: Yang menepati Sunnah adalah menyempurnakannya bersama Imam walaupun ianya 23 rakaat kerana Rasul s.a.w bersabda:

من قام مع الإمام حتى ينصرف كتب الله له قيام ليلة 
Maksudnya: "Barangsiapa yang mendirikan (solat tarawih) bersama Imam sehingga (Imam) itu selesai maka ALLAH tuliskan baginya (pahala) bersolat malam penuh" [Al-Tarmizi, Ibn Majah, dan Ahmad].

Dalam riwayat yang lain:

بقية ليلته
Maksudnya: (dituliskan baginya pahala) bagi malamnya [Ahmad].

Maka yang afdal (utama) bagi makmum adalah solat bersama Imam sehingga selesai sama ada solat yang dilakukan 11 rakaat atau 13 rakaat atau 23 rakaat atau lainnya.

Inilah yang afdal iaitu mengikut Imam sehingga selesai, dan 23 rakaat telah dilakukan oleh Umar r.a bersama dengan para Sahabat dan tiada padanya kekurangan atau cacat cela, bahkan ianya termasuk daripada sunnah iaitu sunnah para Khalifah al-Rasyidin dan telah ditunjukkan oleh hadis Ibn Umar r.huma daripada Nabi s.a.w bahawa baginda bersabda:

صلاة الليل مثنى مثنى، فإذا خشي أحدكم الصبح صلى واحدة توتر له ما قد صلى 
Maksudnya: "Solat malam itu dua rakaat-dua rakaat, jika seseorang kamu takut masuk waktu subuh maka solatlah witir satu rakaat mengganjilkan apa yang telah dia solat". [Muttafaq 'alaih].

Ini kerana Nabi s.a.w tidak menghadkan padanya bilangan rakaat tertentu tetapi menyatakan "Solat malam dua rakaat-dua rakaat", tetapi jika Imam solat tarawih cukup melakukan 11 rakaat atau 13 rakaat sahaja, maka yang utamanya hendaklah dia melakukan salam selepas setiap dua rakaat kerana inilah yang kebiasaan dilakukan Nabi s.a.w dan ini lebih meringankan bagi orang ramai dalam Ramadan dan lainnya dan barangsiapa yang menambah lagi (rakaat) atau mengurangkan maka tidak ada apa-apa kesalahan kerana solat malam itu diberi keluasan padanya.

والله ولي التوفيق 


Sumber: Majmuk Fatawa Ibn Baz, 11/325-326


 





: fb