Aku menadah tangan
berdoa memberitahu Tuhan
bahawa aku bersyukur
kerana
Dia telah mengurniakan seorang sahabat
sepertimu kepadaku
Ya Allah
Kumohon agar
Kau sentiasa curahkan
rahmatMu kepada sahabatku itu
Wahai sahabat
akan ku berjanji
jika semalam aku adalah sahabatmu
hari ini aku masih lagi sebagai sahabatmu
dan jangan risau mengenai esok
aku akan sentiasa menjadi sahabatmu
itulah janjiku kepadamu
wahai sahabatku
dan itulah juga hadiahku kpdmu
...kesetiaan seorang sahabat
No comments:
Post a Comment