Saturday, July 02, 2011

di mana hendak ku cari kekuatanku ?

salam 'alaik

aku menaiki bas. ade trip. bersama orang lain termasuk keluargaku. adikku mahu ke tandas. ummi pergi menemannya. selepas ke tandas, ketika mahu menuju ke bas, bunyi bom meletup. aku pelik. kemudian, ade lelaki yang mungkin juga baru ke tandas kulihat sedang menggenggam sesuatu di tangannya. kemudian, dia membaling bende tu, dan meletup. bom. bas pergi meninggalkan ummi dan adik perempuanku, ily. mereka mengejar bas. aku menjerit meronta ronta dan menangis memanggil ummi. "ummi! jangan tinggalkan ily! ummi!". berulang kali aku menjerit. aku memaksa bas diberhentikan. tetapi, tidak. bas tetap juga berjalan, malah pergi meninggalkan mereka di luar. aku merasakan seperti aku berada di palestin. atau mesir. terngiang ngiang di telingaku perkataan seseorang, "ko nak tau. aku rasa malaysia ni mesti nanti jadi macam mesir". aku merayu kepada Pak Su supaya memberhentikan kenderaan. Pak Su enggan. dalam keadaan yang kelam kabut tu, aku melihat sebuah rumah yang didatangi sekumpulan lelaki berpakaian, mungkin jubah, dan serban, hijau putih. tiba-tiba aku seakan tersedar bahawa aku mesti redha dengan apa yang terjadi. aku mesti menerima hakikat bahawa ummi dan ily sudah tiada. mungkin dibom. aku tertanya tanya di mana kekuatanku. di mana hatiku yang kebal. kehilangan ahli keluarga je dah menangis. 


aku melihat dalam bilik. cahaya lampu. aku mengelip mata. air mata mengalir. sunyi. aku mengiring. ily sudah tiada di sebelahku. aku mimpi. ye. mimpi sudah tamat. tetapi, persoalan dalam mimpi ku masih terngiang ngiang sehingga sekarang.

"di mana kan ku cari hati yang kebal ?" 





No comments:

Post a Comment