Friday, August 05, 2011

putih suci .

salam 'alaik


cinta 
yang putih itu
aku impikan.

cinta suci
seorang hamba kepada Khaliq nya.

dulunya
cinta itu hitam
kerana
diri ini
tidak pernah kenal
erti sebenarnya.

aku mencari cari
cinta putih itu.

ku jumpa
kerana
Dia Maha Memberi Hidayah.

aku bahagia 
bersama cinta putih itu.
tenang.

 tapi 
aku mulai sedar
cintaku
semakin kelam
kelabu.

cinta putih itu
datang menyinggah sahaja
di hadapan mata ini
kadang kadang.
cuma seketika.

tidak setiap langkah
ku ingat Dia.
tidak setiap tindakan
ku fikir Dia.

aku ingin sekali 
mengecapi
cinta putih itu
semula.

hanya Dia tahu.
aku ingin sekali
menukar kelabu itu
menjadi putih suci
nan hakiki.

hanya Dia tahu.
bahawa 
ku dambakan
iman ku
yang semakin hilang.
pergi...




aku sedar...

aku masih belum bersedia untuk menghadapi kematian...

.
.
.
.
.

No comments:

Post a Comment