Monday, May 09, 2011

bersabarlah duhai sahabatku . . .

salam 'alaik

sahabatku,

pertama sekali ingin aku katakan...berdoalah. berdoalah kepada Allah supaya kau diberikan kekuatan untuk menghadapi ujian yang sedang atau akan kau hadapi. kita telah pun maklum bahawa jalan yang kita pilih ni bukan jalan yang mudah. tapi jalan untuk mencari mutiara mutiara di dasar lautan. sukarnya, tapi hasilnya Subhanaallah ! ujian yang bakal menimpa kita hanya Dia sahaja yang tahu banyak mana, besar mana, sukar mana...tapi, nun di sana sedang menunggumu, duhai sahabatku, syurgaNya yang dijanjikan kepada orang yang beriman.

sahabatku,

aku dapat rasakan air matamu telah banyak kau keluarkan sepanjang berada atas jalan ini. bersabarlah, duhai sahabatku...mintalah kepada Allah supaya kau dikurniakan hati yang keras dan kental seperti orang orang sebelum mu. janganlah kau menangis lagi . . . 

sahabatku,

kau katakan bahawa orang sekelilingmu seperti dalam kebingungan. sahabat, cubalah kau terangkan kepada mereka dengan sebaik mungkin, apa yang termampu olehmu. selebihnya, serahkanlah padaNya, bertawakkallah...

sahabatku,

kuatkan hati ! teguhkan diri ! tsabitkan iman !  tetapkan amal !
jangan takut. jangan gentar. Allah sentiasa bersamamu. sahabat sahabat sentiasa di sampingmu jika kau memerlukan. walau jauh di mata tapi manhaj mendekatkan hati hati kita . . .

sahabatku,

semoga kau diberi kekuatan...

bersabarlah...

berusahalah

dan selebihnya bertawakkal lah ...







No comments:

Post a Comment